Jadi jangan terkejut jika anda masuk ke page-page ini dan mendapati gambar anda dicuri dan dipaparkan sebagai "modal" lelaki gila seks.
Memang anda merasakan bahawa anda pakai tutup cukup dan bertudung litup, tetapi inilah yang dinamakan internet dimana terdapat baik dan buruknya.
Adakah anda suka? adakah anda peduli? jika anda peduli apa tindakan anda? adakah anda baru menyesal apabila perkara ini terjadi dimana gambar anda digunakan page-page seperti ini? sedarkah anda gambar yang anda muat naik itu banyak sebenarnya menaikkan nafsu orang lain? tahukah anda gambar anda sebenarnya boleh di copy dengan senang hanya dengan "right click" dan "save image"? dan tahukan anda gambar yang dimuat naik oleh anda membuatkan dosa anda bertambang setiap minit, setiap saat?.
Mungkin anda tidak percaya? kami kongsikan lagi kepada anda gambar-gambar lain.
**Gambar yang dikongsi tiada niat untuk memalukan sesiapa, sebagai peringatan dan gambar ini hanya sebahagian kecil yang dicuri oleh mereka ini**
Perhatian Semua Gadis, Jangan Terkejut Jika Gambar Anda Dijadikan Koleksi "Page" Lucah
Gambar anda tidak ada dalam gambar di atas? jangan rasa lega kerana ADA BERIBU-RIBU lagi gambar yang dicuri dan telah dimuat naik oleh page-page seperti ini. Admin memang tidak sempat la nak "Print Screen" semua.
Jadi kepada pembaca wanita berwaspadalah dan berhati-hatilah jika berkongsi gambar di Facebook kerana apa yang anda lakukan sebenarnya mendapat perhatian orang yang anda tidak ketahui. Mereka boleh memuat turun gambar anda dengan sesuka hati.
Ingat lagikah anda pernah terjadi tidak lama dahulu dimana seorang gadis telah disihir dengan menggunakan gambar di Facebook?
Keratan Kosmo! 12 Sepember 2011
Macam-macam boleh dilakukan oleh mereka apabila mendapat gambar anda. Ada juga pernah dilaporkan sebelum ini dimana gambar muka seorang wanita telah di "superimpose" dan digantikan dengan perempuan bogel dimana wanita itu seolah-olah sedang berbogeldan disebarkan menyebabkan beliau telah menanggung malu yang besar.
Datas adalah penjelasan ilmuan Islam iaitu dari pendakwah terkenal Ustad Azhar Idrus tentang bahaya dan apa yang boleh sekiranya ingin memuat naik juga anda di laman sosial.
Nasihat admin sendiri, anda nak muat naik gambar anda tidak salah tapi eloklah di private"kan dan tidak boleh di "copy" dan dibesarkan apabila ditekan untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti ini berlaku.
Tujuan kami membuat pendedahan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda tetapi untuk peringatan kepada anda semua tentang bahayanya berkongsi gambar aksi-aksi comel anda di laman sosial.
Jika hendak muat naik jaga-jaga hal aurat dengan jangan suka menonjolkan aset itu sangat yang sudah semestinya akan menarik perhatian mereka dan tidak mustahil "Maybe You're Next"
0 comments:
Post a Comment