Selain geli, doktor juga dilaporkan terpaksa menggunakan penyepit untuk menarik ulat berkenaan dan ia hanya mengambil masa lebih kurang seminit.
Namun wanita itu tidak pula berasa sakit malah kelihatan tenang sahaja sepanjang prosedur tersebut diadakan.
Proses berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik dalam YouTube pada bulan Mac lalu.
Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai wanita itu dan bagaimana ulat tersebut boleh berada di dalam bibirnya tidak jelas diketahui.
Namun ia merupakan parasit yang hinggap pada pesakit di kalangan golongan miskin di kawasan mundur atau mereka yang mengalami kecederaan di bahagian badan. Kes ini agak terpencil kerana jarang ulat bersarang di bibir.
0 comments:
Post a Comment