Tuesday, August 25, 2015

Filled Under:

TAKTIK LICIK TERBONGKAR! GUNA BURUNG MERPATI SELUDUP DADAH

Merpati Seludup Dadah

TAKTIK LICIK TERBONGKAR! GUNA BURUNG MERPATI SELUDUP DADAH 

Penjenayah di negara Costa Rica menggunakan pelbagai helah dan taktik licik untuk menyeludup dadah ke penjara.

Seekor burung merpati yang membawa dadah jenis ganja dan kokain ditangkap di luar sebuah penjara di negara itu, awal minggu ini.

Portal UPI melaporkan, burung merpati yang diberi nama NarcoPigeon oleh pihak berkuasa itu ditangkap pada Selasa lalu berdekatan Penjara La Reforma di San Rafael de Alajuela, yang merupakan penjara terbesar di Costa Rica.

Menurut Kementerian Kehakiman dan Keamanan Costa Rica, burung itu yang ditangkap oleh polis penjara didakwa membawa 14 gram ganja dan 14 gram kokain.

Kejadian itu merupakan yang pertama cubaan menyeludup dadah menggunakan burung di penjara berkenaan. Pengarah Polis Penjara Costa Rica, Paul Bertozzi berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab menggunakan kucing untuk memindahkan dadah dari satu kawasan ke satu kawasan.

“Mereka sentiasa mencari cara baharu untuk menyeludup dadah dan kami terpaksa berada dalam keadaan berjaga-jaga,’’ katanya.

Burung berkenaan telah ditangkap dan dikurung sebelum dihantar ke tempat perlindungan haiwan.

Berita penangkapan burung merpati itu tersebar meluas dalam kalangan pengguna media sosial di Costa Rica yang mencetuskan pelbagai reaksi. 

Utusan Online




0 comments:

Post a Comment