Tuesday, August 25, 2015

Filled Under:

Penganggur Dipenjara, Denda Kerana Mengugut Dengan Parang


KUALA LUMPUR – Akibat mengugut pengurus projek menggunakan parang, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Muhamad Faizal Ismail membuat keputusan itu selepas Khaironnizam Mohd. Zazuli, 41, mengaku bersalah mengacu parang untuk mengugut Muhamad Aliarifin Nerasid, 24, dengan niat hendak mendatangkan ketakutan kepadanya di perkarangan Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan, Jalan Ampang Hilir, Wangsa Maju di sini, kira-kira 6.30 petang, 18 Ogos lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Ogos, dan sekiranya gagal membayar denda, memerintahkannya dipenjara empat bulan.
Menurut fakta kes, tertuduh bertindak mengejar dan membaling parang berukuran 90 sentimeter ke arah mangsa selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. – BERNAMA




0 comments:

Post a Comment