Wednesday, August 26, 2015

Filled Under:

PANAS! SULTAN JOHOR BERI 'AMARAN' KEPADA KERAJAAN NAJIB



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang turut prihatin dengan perkembangan ekonomi semasa menggesa kerajaan 
agar segera menyelesaikan masalah yang dihadapi terutama berhubung kejatuhan teruk nilai ringgit.

Baginda bertitah, masalah yang timbul perlu diselesaikan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dan mula membenci kerajaan yang ada.

“Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan tidak stabil pada masa ini adalah isu utama yang perlu ditangani kerajaan dengan segera.

“Rakyat hari ini adalah generasi berilmu dan bijak menilai maklumat diterima. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar,” titahnya dipetik dari laporan portal Berita Harian Online.

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menghadiri Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50 di Kem Iskandar di sini, hari ini.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan kepada pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi.

Titah baginda lagi, walaupun raja tidak boleh mencampuri politik, baginda tetap bertanggungjawab memastikan kehidupan rakyat Johor dalam keadaan baik, maju dan makmur.

“Oleh itu saya menggesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk,” titah baginda.

Ringgit sekarang jatuh melebihi paras RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat, prestasi terburuk dalam 17 tahun.

Pada Isnin ia terus menyusut ke paras 4.26 berbanding dolar AS (USD) pada tahap risiko yang rendah untuk mata wang domestik.

Pagi ini, ringgit disebut harga pada RM4,2610 / USD2660 berbanding dolar AS daripada RM4,2475 / USD0415 pada jam 5 petang semalam.

Nilai ringgit juga adalah lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada RM3,0222 / 0275 daripada RM3,0143 / 0229 pada Isnin Ia juga lebih rendah berbanding yen pada RM3,5831 / 5879 daripada RM3,5295 / 5390 semalam.

Unit matawang tempatan itu turut susut berbanding pound sterling kepada RM6,7158 / 7262 daripada RM6,6876 / 7042 dan turun berbanding euro kepada RM4,9330
/ 9396 daripada RM4,8826 / 8950 pada Isnin.




0 comments:

Post a Comment