Wednesday, August 26, 2015

Filled Under:

Harga susu formula naik mendadak

Harga susu formula naik mendadakHarga susu formula semakin mahal setiap tahun memberi kesan kepada pengguna.

GEORGETOWN - Kenaikan harga susu formula bayi yang mendadak saban tahun bukan sahaja memberi kesan kepada ibu bapa malah turut dirasai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering membeli barangan keperluan untuk tujuan sumbangan amal.

Timbalan Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA), P Murugiah berkata, ia lebih dirasai apabila susu  itu diimport dari luar negara.

Menurutnya, harga susu formula mencecah RM28 pada tahun 2013 dan kemudiannya naik kepada RM31 pada 2014 sehingga kemudiannya mencecah RM37 pada awal tahun ini.

“Sekarang untuk pengetahuan orang ramai, kami terpaksa membayar RM43 untuk membeli susu tepung seberat 400 gram, dan ia adalah harga yang begitu mahal.

“Ini sekali gus menyebabkan golongan kurang berkemampuan tidak mampu membelinya,” katanya.

PHA diantara sebuah NGO yang sering memberi bantuan kepada kumpulan kanak-kanak dan golongan ibu tunggal.

Malah bekalan susu juga sering diberikan kepada penerima setiap bulan kerana ia antara barang keperluan utama untuk sesebuah keluarga.

Murugiah berkata, melalui pemerhatiannya harga susu formula pada pasaran dunia kini menurun namun anehnya apabila harganya  di negara ini pula semakin meningkat.

Jelasnya, kerajaan perlu menurunkan harga sama dengan pasaran luar.

“Apa yang ditakuti ialah harga susu formula akan meningkat naik selepas berlakunya kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan segera memandangkan ia akan memberi kesan kepada banyak pihak terutama golongan tidak mampu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati harga susu tepung untuk bayi dan kanak-kanak agak tinggi di beberapa pasaraya.

Harga paling rendah adalah antara RM20 sementara paling tinggi boleh mencecah sehingga RM90 setin.




0 comments:

Post a Comment