Friday, April 17, 2015

Filled Under:

Pondok Polis Di Makan Bumi

Pondok Polis Di Makan Bumi

Pondok Polis Di Makan Bumi
Pondok polis dimakan bumi, itulah yang berlaku kepada sebuah pondok polis bantuan milik DRB-HICOM apabila ‘dimakan bumi’ sedalam kira-kira 1.5 meter akibat kejadian tanah mendap. 


Kejadian ini berlaku di hadapan Pusat Pameran Kereta Audi Jalan Bukit Bintang persimpangan Jalan Imbi dan Pusat Beli-Belah Pavilion Kuala Lumpur.

Tragedi yang berlaku pada jam 5.30 pagi semalam itu berpunca kerja mengorek terowong yang mengakibatkan paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pecah sekali gus mengakibatkan mendapan.

Kejadian tanah mendap itu turut mengakibatkan jalan di kawasan berkenaan ditutup untuk penyelenggaraan lebih 48 jam.
Baca Juga Apa Terjadi Kepada Kereta Peronda Ini

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp berkata, kejadian itu berpunca pergerakan aliran tanah yang memberi tekanan kepada saluran paip SYABAS.

Bagaimanapun mereka sudah berjaya mengeluarkan pondok polis bantuan tersebut yang terperosok di dalam lubang itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pondok Polis Di Makan Bumi




0 comments:

Post a Comment