Friday, April 17, 2015

Filled Under:

Pelik Wanita Ini Kahwin Dengan Diri Sendiri


Pelik Wanita Ini Kahwin Dengan Diri Sendiri
Pelik wanita ini kahwin dengan diri sendiri apabila seorang wanita yang bosan berpacaran dan hidup membujang, menjadi orang pertama di Taiwan berkahwin dengan dirinya sendiri.


Chen Wei Yih berkata, dia melamar dirinya di bangku sebuah taman dan akhirnya mengadakan majlis perkahwinan dengan dihadiri 50 tetamu.

Wei Yih yang bekerja sebagai jurugambar berkata, selepas enam tahun membujang, dia ‘menjalinkan hubungan dengan dirinya.’ 

Menurutnya, ia lebih mudah dan selesa daripada menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Terdorong dengan lagu oleh penyanyi Bjork berjudul Isobel, yang senikatanya antara lain berbunyi ‘My name’s Isobel, married to myself’ (Nama saya Isobel, berkahwin dengan diri saya).

Wei Yih berkata, lirik itu sesuai dengan dirinya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Bermula dengan melamar dirinya di atas bangku di sebuah taman, hingga lah sampai ke majlis perkahwinan itu. Wei Yih berkata, kisah cintanya berjalan dengan lancar.
Pelik Wanita Ini Kahwin Dengan Diri Sendiri

Seperti pengantin lain, dia membeli baju, cincin dan menyatakan ikrar taat setia kepada pasangannya. 

Wei Yih akhirnya berkahwin di sebuah ladang dengan kehadiran kakak dan rakannya. Dia mengakhiri upacara perkahwinan itu dengan mengucup cermin.

Wei Yih berkata, memang ada yang berkata dia gila. Namun dia tidak kisah kerana dia bahagia dengan pasangan dia yang juga dirinya sendiri.

Dia dikahwinkan oleh rakannya Tiu, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Saya yakin Wei Yih akan menjalani kehidupan lebih bahagia selepas ini kata Tiu.
Baca Juga Gara-Gara Terlalu Cantik

Menurut Wei Yih lagi, sebulan sebelum majlis perkahwinannya, dia menghadapi masalah sehingga terpaksa diyakinkan bahawa apa yang dilakukannya itu tepat.

Walaupun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Wei Yih berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang.

Haha ,memang pelik la. Mana mungkin seorang manusia yang normal sanggup buat seperti itu kan? Ha, apa kata anda lihat pada video ini mengenai 15 perkahwinan yang pelik di dunia.



“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa). Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan (zuriat keturunan) yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

(Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1)




0 comments:

Post a Comment