Friday, April 17, 2015

Filled Under:

Pandang Pertama : Huawei P8 – Peranti Rekaan Premium Daripada Huawei Dengan Fokus Terhadap Kamera


Huawei merupakan salah satu jenama yang sedia dikenali ramai di Malaysia, apatah lagi pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan menggunakan penawaran modem mudah-alih daripada Huawei bersama-sama pakej mereka. Disamping modem mudah-alih, Huawei turut mempunyai penawaran telefon pintar, tablet dan juga paling terbaru adalah jam tangan pintar mereka. Terkini, mereka turut mengemaskini penawaran dibawah siri keluarga-P mereka dengan pengenalan Huawei P8.

Siri keluarga-P daripada Huawei memfokuskan kepada rekaan yang premium. Pada tahun lepas, Huawei telah menawarkan Huawei Ascend P7 di Malaysia, dimana ia dikatakan menerima permintaan yang tinggi, membuatkan mereka turut menawarkan variasi versi khusus untuk para peminat Arsenal. Penawaran Huawei terus berkembang dengan positif sejak daripada itu, dimana mereka telah hadir dengan Ascend Mate 7.

Huawei P8 Huawei P8 Huawei P8Huawei P8 Huawei P8 Huawei P8Huawei P8 Huawei P8





0 comments:

Post a Comment