Saturday, April 18, 2015

[LAWAK] Lawak Pagi Ahad

PEN TEKAN BLOG | Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga2 pilot yang ketakutan tersebut memohon agar tidak dibunuh.Maka ketua suku kaum itu pun berkata, "Klau korang semua nak hidup, korang kena masuk hutan & bawa 10 buah yang sama jenisnya.
Tapi korang hanya ada masa 3 jam saja!"
Sebelum 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya sampai dan bawa 10 epal.
Ketua Suku : "Ok, kamu dah bawa 10 biji epal. Sekarang masukkan semua epal tu ke dalam lubang dubur kamu satu persatu.
Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya bunuh!"
Dengan penuh perjuangan & ketahanan akhirnya epal pertama dapat di masukkan.
Tapi untuk epal yang ke 2 dia tak dapat menahan kesakitan dan terus menjerit.
Dengan kejam ketua suku tadi terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot tadi ke syurga.
Pilot ke-2 pulak tiba dengan membawa 10 biji anggur. Dan ketua suku tadi terus memberikan arahan yang sama.
1 anggur masuk, 2 anggur, 3 anggur, tapi pada saat dia nak masukkan anggur yang ke 10, ketua suku tadi tiba2 memotong kepala pilot ke-2. Naik la pilot ke-2 tadi ke langit dan berjumpa dengan pilot-1 tadi.....
Pilot 2 : Wah, kau pun mati jugak?
Pilot 1 : Ye la, aku bawak epal. Tak tahan sakit! Sial betul ketua suku tu, syaratnya susah sangat! Habis kau bawak buah apa?
Pilot 2 : Anggur
Pilot 1 : Anggur?? Tu kan senang! Kecik aje, tak sakit pon!
Pilot 2 : Memang betul. Semua anggur aku hampir masuk ke dalam lubang dah..
Tapi tiba2 aku ketawa dan habis semua anggur yang aku masukkan tadi keluar balik…..
Pilot 1 : Bodoh kau! Kenape kau ketawa?
Pilot 2 : Habis tu, masa aku nak masukkan anggur yang ke 10, aku nampak pilot ke-3 bawak buah durian...
giler ko..!!! durian tu..!!!
hahaha....


Adik 14 Tahun Sanggup Merogol Kakak Sendiri




Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar `adik setan1 kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua. Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih  mentah, dia terpaksa mengusung `benih` adiknya.


Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak. Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga,  malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

"Sepatutnya  saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

"Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui," kata Yanti.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung. "Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

"Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat  bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol," katanya.


Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi  diugut akan dicederakan jika melawan. "Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.



Selfie Mia Ahmad yang Mengancam !


Selfie Mia Ahmad yang Mengancam !



Pasti ramai yang mengikuti cerita yang di siarkan di TV3 iaitu Hati Perempuan.Pelakon wanitanya Mia Ahmad menjadi perhatian di kalangan penonton.

Tampil dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Mia Ahmad menampilkan lakonan mantap.

Jom saksikan antara foto-foto selfie Mia Ahmad yang mengancam.







Panas !!! Zul Ariffin Menepis Dakwaan Kononnya Dia Sombong Ketika Peminat Ajak Bergambar



Kalau semalam hangat dengan kisah seorang bekas peminat Zul Ariffin memaki hamun pelakon itu di ruangan komen blog-blog hiburan kerana dilayan sepi oleh pelakon itu sewaktu diminta bergambar bersama,,,dia juga ada memberi komen tambahan di ruangan komen BeautifulNara:


Bagaimanapun,,,Zul telah meberi respon ringkas berkenaan perkara itu di Twitter milik beliau...

Dalam bahasa Melayu, apa yang dikatakan oleh Zul Ariffin ialah:

    Jika menjaga privasi ibu dan keluarga saya menyebabkan saya dimaki hamun, saya tak kisah...

Nampaknya Zul mempunyai alasan tesendiri bertindak seperti itu...Status Twitter Zul mendapat sokongan peminatnya:


Bekas peminat tersebut sudah mendapat apa yang dihajati iaitu perkara ini telah menjadi viral, bagaimanapun bekas peminat itu juga turut dikecam kerana mahu bergambar dengan selebriti kemudian tidak dapat menerima apabila yang didapati tidak menepati jangkaan...

Biarlah perkara ini menjadi pengajaran bagi semua pihak. Selebriti pun manusia seperti kamu, dan ada masanya mereka mahukan masa peribadi untuk diri dan keluarga walaupun berada di tempat awam...

Bagaimanapun, bila sudah ada ramai peminat, kadangkala ragam peminat yang teruja bila bertemu artis yang biasanya sebelum ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen tidak dapat dielakkan...

Mungkin inilah harga yang terpaksa dibayar atas sebuah kemasyhuran. Selamat maju jaya buat Zul Ariffin...


FOTO Hanez Suraya di Mekah





Sebelum melansungkan perkahwinan,Hanez Suraya telah di janjikan berbulan madu di Mekah.

Baru-baru ini janji itu telah di penuhi dan Hanez berkongsi gambar-gambarnya di Mekah.

Manis nampaknya Hanez bertudung.Adakah dia akan kekal bertudung setelah pulang menunaikan umrah?Kita nantikan sahaja..

Lihat foto-foto yang di kongsikan.









Friday, April 17, 2015

Dato Siti Dan Che Ta Nyatakan Sokongan Terhadap Dr Mahathir

tun



Nampaknya selepas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataannya yang beliau kesorangan dalam mengkritik pemerintahan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, semakin ramai telah bangun dan menyatakan sokongan terhadap beliau.

Terbaru dua selebriti terkenal tanah air Dato Siti Nurhaliza dan Jelitawan Rozita Che Wan telah mengejutkan ramai pihak menyatakan sokongan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti, bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

ct


“Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

“Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua,” tulis Siti Nuhaliza di akaun Instagramnya.


cta


Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

Rozita Che Wan turut sama menyatakan sokongan terbukanya kepada Mahathir yang merupakan Perdana Menteri keempat itu.

Che Ta dalam laman Instagramnya turut berbuat perkara sama dengan Dato Siti dengan meletakan gambar Dr M dengan "caption"




“Tun tidak keseorangan... kami sentiasa teguh di belakang...,” Tapi kami ni orang marhein sapa nak dengaq soqa kami." kata jelitawan 42 tahun dalam sedikit dialek Kedah.

Bukan sahaja menyatakan dukungan kepada Mahathir, Rozita juga malah menyatakan kebencian terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.

Beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di samping #sayaanakmalaysia , #welovetun dan #tundrmahathirmohammad.

Dr Mahathir pada 13 April lalu telah mengeluarkan kenyataannya melalui chedet.cc bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan kritikannya dalam isu Altantuya Shaariibu dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibuat atas rasa tanggungjawabnya kepada rakyat


Apabila Ibu Bapa Tidak Perihatin Pada Anak Gadis Keseorangan Di Rumah



Selalu ibu bapa merasakan apabila anak anak telah berumur 10 ke 12 tahun, masih disekolah kebangsaan merasakan anak mereka boleh berdikari. Maka anak-anak ini apabila ke sekolah naik bas sekolah, diberikan kunci rumah agar apabila pulang dari sekolah, turun dari bas, terus buka pintu pagar, buka pintu rumah dan masuk dalam rumah. Anak-anak yang lebih kecil dititipkan di rumah pengasuh.

Anak ini bijak menguruskan diri sendiri di dalam rumah, apabila masuk rumah, kunci pintu semula.
Memang, anak yang baik, dengar kata bertindak begitu. Tetapi mereka juga insan biasa, yang kesunyian, yang perlu perhatian dan kasih sayang.

Dan perlu diketahui, anak mereka juga sedang diperhatikan oleh manusia durjana berhati syaitan yang licik membuat perancangan.

Kisah benar, seorang pelatih Baitus Solehah, yang sebelum ini , saban hari pergi dan balik berada sendirian di rumah. Ibu bapa percaya anak mereka baik dan tidak melakukan apa apa yang dicurigai.
Benar, anak mereka baik dan taat.

Sebaik tiba di rumah, buka pintu pagar, buka pintu rumah dan kunci semula. Duduklah dalam rumah hingga ibu ayah pulang dari kerja.

Dia tidak sedar sering diperhatikan oleh seorang pemuda. Mula-mula pemuda itu cuma senyum. Kemudian beberapa bulan mula menyapa. Beberapa bulan kemudian, menghadiahkan gula gula atau aiskrim di pintu pagar rumah.

Beberapa bulan lagi, bertegur sapa sekadar tanya khabar. Akhirnya menjadi mesra. Anak merasakan dia pemuda baik yang tidak menakutkan dan mengambil kesempatan.

Suatu hari pemuda itu, minta air, konon rasa dahaga. Oleh kerana sudah percaya abang ini baik, diambilkan air dan pemuda itu berlalu pergi. Seterusnya 2, 3 kali minta air, mula di pintu pagar sahaja, kemudian di pintu rumah, dan akhirnya masuk ke rumah, tunggu di sofa.

Pemuda ini sudah faham rutin dan jadual pergi balik kerja ibu bapanya. Pemuda ini juga tahu pada waktu bila anak ini pulang dan apa yang dilakukan dalam rumah sendirian.

Suatu hari kemudian, pemuda ini sudah berani berbual-bual sambil menonton tv dalam rumah bersama anak ini. Setengah jam berbual, tanpa ada sebarang tindakan menakutkan dan curiga, pemuda itu akan keluar dan beredar.

Lama-lama anak ini merasakan dia disayangi dan diberikan perhatian. Ada teman berbual waktu ibu bapa tidak ada di rumah. Oleh kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk, anak ini tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang pemuda ini. Dia tahu jika diberitahu pasti ibu bapanya marah dan melarang dia mengizinkan pemuda itu masuk ke rumah. Sedangkan dia merasa pemuda itu baik saja, dan tidak mahu kehilangan.

Dan saat ditunggu pemuda itu tiba, menjelang usia gadis itu 13 tahun bila telah mendapat kepercayaan total, pegang-pegang pun tidak ada larangan dari gadis sunti itu.

Akhirnya terjadilah suatu yang menakutkan dan trauma kepada gadis sunti itu. Dia menangis, dipujuk belai pemuda itu. Kejadian tidak berulang hingga suatu tempoh, kerana pemuda itu tidak mahu taruma yang dialami gadis sunti akan menyebabkan rasa benci.

Dibiarkan masa berlalu, kali kedua, dah ok, tak berapa takut. Kali ketiga dah rasa seronok. Lama-lama menjadi kebiasaan. Umur 13 tahun dah merasakan hubungan jasad lelaki perempuan menjadi suatu ketagihan. Tambahan ketika itu sudah bersekolah sessi petang, ibu bapa keluar pergi kerja awal pagi, ada banyak masa sebelum dia ke sekolah. Walaupun bukan tiap hari, tetapi tiap minggu hingga dia didatangi haid.

Pandai pulak, pemuda itu mengajar mengunakan kondom takut gadis sunti ini hamil. Pemuda itu singgah sebelum pergi kerja. Cuma sekitar 15 minit sahaja, selesai hajat, dia pun pergi.

Hinggalah umur gadis itu 16 tahun, telah bertukar pasangan 4 lelaki yang berhubungan jasad dengannya. Macam melakukan aktiviti ko kurikulum saja, tidak ambil masa yang lama untuk memanaskan badan. Dia tidak pernah melakukan pada waktu malam atau di luar rumah.

Mana ibu bapa nak sangka, anak mereka seorang ketagih seks. Tidak keluar rumah, tidak punya ramai kawan, tidak sering beronline. Hanya duduk dalam rumah, buat kerja sekolah dan bantu urusan rumah tangga. Seorang anak yang pendiam, rajin menolong kerja-kerja ibu di rumah.

Kisah ini hanya terbongkar apabila dia hamil. Ini pun ibunya tidak tahu kerana ibu menyangka dia hanya dirogol sekali sahaja. Anak ini tidak akan berani berkata benar apabila sudah terjadi perkara ini. Kisah ini diceritakan sendiri oleh gadis itu kepada saya, dikala saya berdua-duaan, untuk saya menyelami hatinya, akan pengalaman seksnya selama 5 tahun lalu. Dia hamil kerana kondom yang digunakan oleh pasangannya bocor.

Saya kongsikan kisah ini kepada ibu bapa budiman diluar sana agar prihatin, dan ambik tahu apakah aktiviti anak ketika mereka keluar bekerja. Perhatian segala-gala kepunyaan anak di dalam bilik, beg dan almari, mana tahu terjumpa sesuatu yang mendatangkan pertanyaan. itu adalah clue untuk mengetahui aktiviti mereka.

Dan paling utama, jaga hubungan dengan Allah, amalkan ayat-ayat pelindung, mohon kepada Allah untuk memelihara diri dan keluarga dari syaitan iblis dan manusia durjana berhati syaitan. Tidak ada sessiapa yang dapat melindungi kita dan keluarga melainkan Allah jua.