Friday, November 6, 2015

KECOH!! ROSMAH ENGGAN BERSALAM DENGAN WARGA EMAS BIDAYUH SARAWAK




Kalau dgn bukan mahram selamba panda jer dia nak peluk cium.. Tapi dgn rakyat sendiri ????

Spesis dari kalangan bangsawan, pahlawan, hartawan & bangsatan mana rela nak bersalaman dgn rakyat pribumi.. Kedudukan Rosmah sgt tinggi lagi mulia di sisi umat bani umno..


Banyak pihak telah melahirkan perasaan kesal atas tindakan datin sri kerana enggan bersalam walaupun kelihatan dato sri najib menghulurkan tangan kepada beliau.. amat kesal...



ROKOK TAK AKAN DIHARAMKAN DAN DIRAMPAS SELAGI BAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN.. - KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan kekal dengan pandangan dan keputusan rokok elektronik bernikotin perlu diharamkan.

Menegaskan demikian, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, penggunaan rokok jenis itu boleh merosakkan kesihatan masyarakat dalam jangka panjang.

Katanya, pihak kementerian tidak akan menyokong sebarang aktiviti yang menyumbang ke arah peningkatan masalah kesihatan di kalangan masyarakat, terutama generasi muda.

Beliau berkata, keputusan itu juga dicapai, selepas kajian Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan, yang turut mengesyorkan kerajaan supaya mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

Menurut Lokman, Kementerian Kesihatan mentakrifkan rokok elektronik yang mengandungi nikotin dikenali sebagai e-rokok, manakala rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin adalah vape.

“Tapi kebanyakan rakyat Malaysia tidak dapat membezakan e-rokok dan vape. Pada mereka vape, e-rokok benda yang sama. Selain itu, ada juga cecair vape yang bernikotin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Lokman berkata, hanya ahli farmasi berlesen dalam premis berlesen sahaja boleh menjual produk mengandungi nikotin, bagi tujuan membantu memulihkan ketagihan nikotin.

“Penjualan dan penggunaan cecair e-rokok yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, dalam Peraturan Kawalan Tembakau 2004,” katanya.

Sehubungan itu, Lokman berkata, kementerian akan mengambil tindakan kepada penjual dan pengguna rokok elektronik yang mengandungi nikotin, sepertimana tertakluk di bawah Akta Racun 1952.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menggiatkan kempen anti rokok elektronik dan vape, seperti kempen ‘Tak Nak Merokok’.

“Pesanan kementerian kepada masyarakat adalah, janganlah menggunakan rokok elektronik atau vape, kerana ia memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan, Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif berkata, walaupun tiada nikotin dalam vape, namun trend baru itu menghasilkan ketagihan baru dalam masyarakat.

“Kajian yang kita lakukan mendapati, banyak kesan jangka panjang bakal mengundang kanser baru di masa depan,” kata Dr Abdul Razak yang juga Pakar Perunding Kanan Perubatan/Respiratori Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur.


VIDEO: KALAU TAK TAHAN HIDUP DI BANDAR, BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG - MENTERI


"Jika rakyat mahu kembali ke kampung, saya adalah manusia yang paling gembira di dunia. Pulang semula ke kampung, jaga anak, sudah ada 4G juga".

"Alhamdullilah, jika berlaku migrasi ke kampung, itu yang saya mahu. Terlalu banyak orang ke bandar sekarang. Tekanan terlalu tinggi untuk tinggal di bandar (sistem perbandaran). Masalah perumahan, pencemaran, gelandangan, hospital, kesesakan jalan dan semua ini akan lebih memudahkan jika rakyat mahu kembali ke kampung, tanam jagung dan cili".

Itu yang dikatakan oleh menteri perumahan, kesejahteraan bandar & kerajaan tempatan, Abdul Rahman Dahlan.

Kenyataan tersebut dipetik menerusi satu sesi temubual bersama Astro Awani ;


Rakaman video berkenaan berlegar-legar di beberapa page dan fb personal terutamanya di kalangan pembangkang dan pro Mahathir.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi kepada menteri berkenaan apabila rata-rata netizens mengkritik kenyataan tersebut di laman sosial.

- Orang datang ke bandar sebab nak cari kerja, tambah pendapatan untuk ubah nasib, menteri suruh patah balik ke kampung? Menteri nak bagi kerja ke?

- Balik kampung tanam jagung, tanam cili? Tanah sapa bagi? Modal cari mana? Menteri sedia semua?

- Peluang pekerjaan dan gaji berbeza antara kampung dan bandar. Cuba fikir dulu kenapa ramai orang berhijrah ke bandar.

- Bukan semua yang kita belajar, pekerjaan tu ada di kampung-kampung. Aku sekeh juga menteri neh karang.

- Kampung ada 4G? Kampung mana? Kampung aku takde pun !!!.

- Apa ko ingat orang bandar tak jaga anak ke yang suruh orang balik kampung dan besarkan anak-anak? Tolol!

- Apa 4G besar sangat ke sampai itu jadi modal suruh orang balik kampung? Orang nak kemajuan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Tak payah menyuruh sangat la. Ko dulu balik kampung.

- Kejap suruh balik kampung, kejap kata dah takde kampung dah sekarang, mana satu dia cakap betul. Elok masuk hospital Tanjung Rambutan la. Dah melambai2 dah tu.

- Ahmad Maslan tepuk tangan, dah ada yang jadi pengganti dia.

- Menteri bercakap tentang gelandangan, kesesakan jalanraya dan perumahan, itu membuktikan kementerian berkenaan gagal menyelesaikan masalah-masalah berbangkit, sudah la gagal, disuruhnya pula orang balik ke kampung. Bukan nak betulkan kegagalan dia, sebaliknya lari dari menyelesaikan masalah. Level menteri Malaysia.

- Tak payah balik kampung, sekarang neh aku dah tanam cili kat rumah bandar. Jemput datang ke rumah aku. Aku nak cili mulut Rahman Dahlan.

- Lepas neh bila kampung sesak dia suruh duduk kat mana? Atas laut, dalam bot? BODOH!!!!

- Gembira di dunia? Memang la gembira kalau org ramai2 balik kampung dia makan gaji buta la takde kerja nak uruskan masalah orang bandar.

Sebelum neh Abdul Rahman Dahlan yang juga Pakar Strategi BN menyarankan agar pengguna lebuhraya bangun lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan tol dan membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, namun cadangan berkenaan dikritik hebat oleh netizens sehingga menteri berkenaan menjadi bahan cacian dan troll di media sosial.



Saya sokong VAPING jika ia dilakukan dengan adab

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Nazifuddin Najib menyatakan sokongan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pengguna di negara ini.


“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab” - Anak Najib
“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab” - Anak Najib
Menurut Nazifuddin, beliau tidak menolak wujud kesan positif penggunaan vape terhadap orang ramai sekiranya ia digunakan dengan berhemah.

Berikutan itu, Nazifuddin menyatakan ketidaksetujuan beliau terhadap pengharaman vape di negara ini.

“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.


“Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, kelmarin.

Kata Nazifuddin, vape merupakan alternatif kepada rokok yang boleh meminimumkan tabiat merokok dalam kalangan perokok.

Menurutnya, industri tersebut perlu diiktiraf berikutan kebanyakkan produk termasuk perasa vape dihasilkan oleh usahawan muda tempatan.

“Kini kita dapat lihat sambutan yang hangat ‘vape’ dan trend ‘vaping’. Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini.

“Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan wujud kesan negatif dimana vape boleh mengakibatkan ketagihan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa ketagihan vape adalah sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula dengan masyarakat kita yang lebih cenderung untuk mengecam semua yang terlibat dalam industri ini (terutamanya para belia) hanya kerana satu kes yang unik dan ekstrem,” ujarnya.

Jumaat lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.


Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) tampil mencadangkan supaya kerajaan mengenakan cukai ke atas perasa rokok elektronik atau vape agar dapat menjana pendapatan negara.

Terbaharu pula, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal menjalankan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Menurut Datuk Seri Dr S. Subramaniam, KKM mempunyai kuasa untuk merampas sebarang produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.- mD


Anak Biadap, Tengking Ibu Depan Khalayak Ramai

Perbuatan seorang lelaki menengking wanita yang dipercayai ibunya mencetuskan kemarahan orang ramai yang berada berdekatan. Berdasarkan visual yang dimuat naik di laman Facebook Hussein Lempoyang, kejadian dikatakan berlaku di ruang menunggu sebuah hospital.
Anak Tengking Ibu Di Khalayak Ramai
Anak Tengking Ibu Di Khalayak Ramai
Si anak yang duduk bersebelahan dengan wanita itu, kedengaran memarahi ibunya dengan nada yang tinggi dan menimbulkan rasa kurang senang salah seorang lelaki yang berada berdekatan sehingga menimbulkan perang mulut.


“Bang apa nie bang cakap dengan mak macam itu, daripada tadi saya dengar bang, masalah macam mana saya tak campur…daripada tadi saya dengar… jangan hal dalam rumah bawak sampai sini, masalah hormat lah orang tua. Eh dia lahirkan kau tau..habis tu hormatlah…masalahnya hormatlah orang tua,” nasihatnya.

“Masalah ini kau jangan campur boleh tak.?” Kata lelaki itu selepas perbuatan menengking ibunya ditegur.

Mengulas mengenai tindakan yang disifatkan kurang ajar itu, orang ramai meminta lelaki berkenaan memohon ampun daripada ibunya.

“Bukan nak doakan tapi kalau dah gini (begini).. memang tak selamat lah ko dunia akhirat…sebelum si ibu tutup mata minta ampun lah,” kata Ilman Harith di Facebook.


“Padan dah kalau kena henyak pun, mau aku tumpang. Siyes aku cakap, aku boleh menangis lihat video ini, tetapi aku mampu kakikan brader tu,” kata Nikaza Nikmus.




Sangat menyedihkan, walau apa pun masalah ko dgn mak ko, jangan la tunjukkan depan org ramai, anak lelaki plak tu, syurga ko bawah tapak kaki mak ko, harap2 ko sempat sedar, bertaubat dan mintak maaf pd mak ko sebelum terlambatKlau tujuan dia nak glamer, jom kita kasi dia glamer, ada brader tegur pun menganjal.Semoga kita dan keturunan kita x jd mcm niNa'uzubillah...
Posted by Hussein Lempoyang on Wednesday, November 4, 2015


Thursday, November 5, 2015

Peniaga Vape Ini Meluahkan Rasa Kesal Dikasari Oleh Kementerian Kesihatan


Tegas dengan amarannya dua hari lalu, “jangan hisap vape”, kementerian itu mula menjalankan serbuan dan merampas cecair rokok elektronik, atau vape, yang mengandungi nikotin hari ini.

ProjekMMO difahamkan selain serbuan di beberapa lokasi di Selangor, kementerian juga menjalankan pemeriksaan di Johor, sehingga ada peniaga yang rugi hingga RM200,000.

Pemilik kedai Mohd Azlan Mustafa, 31, berkata, KKM menyerbu kedainya di Shah Alam kira-kira pukul 3 petang tadi, menjalankan beberapa ujian dan merampas produk cecair vape yang dipercayai mengandungi nikotin.













“Mereka kata hendak buat ujian dan tunjuk surat arahan yang menyuruh mereka rampas cecair yang ada nikotin,” katanya dihubungi ProjekMMO petang ini.

Beliau mengalami kerugian kira-kira RM1,000, tambahnya, namun tidak pasti jumlah botol cecair yang dirampas.

Selasa lalu, Menteri Kesih tan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan kementeriannya akan merampas cecair nikotin kerana peniaga rokok elektronik, juga disebut e-rokok, tidak mempunyai lesen untuk menjual produk itu seperti termaktub bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.


Mohd Azlan berkata, kedainya tidak menjual produk dari China atau yang dicampur sendiri tetapi hanya menjual stok dari Amerika Syarikat dan buatan tempatan.

“Notis rampasan diberikan dan pegawai KKM memaklumkan kalau nak buat rayuan perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam, tapi apa ‘point’ dia? Kita bukan jual “raw” nikotin,” katanya.

Beliau difahamkan beberapa serbuan dan rampasan juga dilakukan terhadap pengusaha vape di Subang.

Kesal dengan tindakan itu, Mohd Azlan berkata tindakan KKM itu “tidak adil” kerana menjejaskan periuk nasi usahawan kecil yang sedang bergelut dalam tekanan ekonomi saat ini.

“Kami bukan orang senang. Kalau betul nak rampas, kenapa tidak didik dulu masyarakat tentang vape tapi terus rampas? [Tindakan] ini sudah kacau periuk nasi orang,” katanya, sambil menambah beliau risau untuk meneruskan perniagaannya esok kerana takut diserbu lagi.

Kementerian Kesihatan hari ini sedang mengkaji untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik bagi menghalang ia menjadi budaya di negara ini, lapor Bernama.

Subramaniam dipetik berkata kajian itu dibuat kerana perisa dalam cecair vape mengandungi nikotin, sejenis bahan terkawal yang di bawah seliaan kementeriannya.





Tuesday, November 3, 2015

Pelajar SPM Cedera Parah Dalam Nahas Jalanraya Di Butterworth

Seorang pelajar calon SPM Sekolah Menengah Telok Ayer Tawar yang sedang menjalani peperiksaan SPM cedera parah dalam nahas jalanraya. Kemalangan berlaku di Jalan Telok Air Tawar, Butterworth berpunca dari sebuah kereta Exora.

Pelajar SPM Cedera Parah Dalam Nahas Jalanraya Di Butterworth

Difahamkan, kereta tu masuk jalan dan motor yang dipandu pelajar tu yang dikenali Mohd Farhan, 17 tak sempat nak brek dan jatuh. Kemudian dilanggar pulak oleh sebuah kenderaan lain.


Disebabkan kemalangan tu, Farhan cedera parah di bahagian kepala dan patah paha kiri. Masa tu Farhan baru aje selesai peperiksaan kertas Pengajian Seni dalam perjalanan balik ke rumah dia di Permatang Sintok, Kepala Batas.

Difahamkan juga, kereta Exora yang terbabit tu dia berhenti kejap, lepas tu cabut lari meninggalkan tempat kejadian. Dah langgar orang sampai koma, lari pulak! Takut la tu!

Tapi nak lari mana, polis akan cari sampai dapat punya la! Kesian la kat budak lelaki tu.. So, adik-adik yang ambik SPM ni hati-hati la masa korang nak pi dan balik dari sekolah tu ye..