Thursday, October 8, 2015

Obama minta maaf ekoran serangan maut AS di Afghanistan

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama. 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin menghubungi Ketua Doktor Amal Perubatan Tanpa Sempadan (MSF) untuk meminta maaf berikutan serangan udara maut AS ke atas sebuah hospital di bandar Kunduz, Afghanistan.
Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest memberitahu media, Obama menelefon Ketua MSF, Joanne Liu, untuk memohon maaf dan mengucapkan takziah.
MSF sebelum ini menuntut siasatan antarabangsa ke atas serangan, Sabtu lalu, yang mengorbankan 22 orang. Tentera AS menyifatkan serangan itu sebagai satu kesilapan. 


200 remaja perempuan bergaduh



London: Akibat dua remaja perempuan bergaduh, polis terpaksa menutup jalan di pinggir London kerana ia hampir membawa kepada rusuhan apabila hampir 200 remaja, sebahagian besarnya perempuan masuk campur dengan ada ada bersenjatakan pemukul besbol.
Tidak diketahui punca sebenar pergaduhan di depan Stesen Keretapi Walthamstow Central tetapi berdasarkan yang tersebar melalui media sosial, ia dipercayai bermula dengan pertelingkahan dua remaja perempuan dari kolej berlainan membabitkan seorang lelaki.




Ada pengguna Twitter mendakawa pergaduhan itu sudah diatur kerana risalah memberitahu mengenai pergaduhan itu sudah diedarkan di kolej.
Menurut polis Waltham Forest, kira-kira 200 orang berumur antara 16 hingga 20 tahun berkumpul di Walthamstow sejak sebelum 5 petang semalam.
Lebih 100 anggota polis memenuhi kawasan itu bagi mengawal keadaan dan rakaman video menunjukkan remaja terbabit menarik rambut lawan, dipukul dengan kayu besbol, sekumpulan remaja perempuan membelasah seorang remaja dan mereka yang ditangkap polis.



Wednesday, October 7, 2015

Remaja tertusuk besi pemunggah sawit


SEORANG remaja berusia 15 tahun, nyaris maut selepas sebatang besi (gambar kecil) pemunggah sawit tertusuk badannya, dalam kejadian di Kampung Tebuk Jawa, di Sungai Besar, pagi semalam. - Foto ihsan pembaca BH
SUNGAI BESAR: Seorang remaja berusia 15 tahun, nyaris maut selepas sebatang besi pemunggah sawit tertusuk badannya, dalam kejadian di Kampung Tebuk Jawa, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nazif Azimuddin Mohd Yusof, nyaris maut selepas besi berkenaan yang tertusuk di ketiak kirinya, tembus di pangkal leher sebelah kanan.
Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini sejurus kejadian namun dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan susulan.
Difahamkan, sebahagian besi yang tertusuk pada badannya berjaya dipotong oleh pihak bomba sebelum sebahagian lagi dikeluarkan kira-kira jam 3 pagi tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook (FB), mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL dan masih dipantau pasukan perubatan untuk memastikan keadaannya benar-benar stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.


Gadis Diugut Oleh Lelaki Kenalan Di WeChat serta Gambar Dan Video Luc*hnya


Gara gara aplikasi look around Wechat, gadis ini telah terjebak dalam perangkap seorang lelaki yang pandai menggunakan kata kata manis bagi mendapatkan tubuh mana mana gadis yang dijumpainya melalui Wechat.

Akibat daripada itu, gadis ini telah diugut untuk melakukan perkara terkutuk tersebut seminggu sekali dan jika gadis tersebut ingkar, gambar gambar aksi mereka sebelum ini akan disebar di laman sosial. Kejadia ini berlaku di putrajaya dan lelaki tersebut didapati masih aktif menggunakan taktik yang sama untuk menjerat gadis-gadis lain.








Sebagai ingatan, jagalah diri sebelum menyesal di kemudian hari



Cristiano Ronaldo Sudah Mula Menghafal Satu Surah Al-Fatihah!


SETELAH secara terang-terangan menolak untuk bertukar kaos dengan para pemain Israel dalam pertandingan Pra Piala Dunia, kali ini Cristiano Ronaldo diberitakan sudah hafal Surat Al-Fatihah.

Dikutip dari dakwatuna, beberapa waktu yang lalu, media terbesar dan terpercaya Spanyol ‘Marca’ memberitakan jika rekan Ronaldo satu timnya, Mesut Ozil, pemain muslim asal jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian, Jika Cristiano Ronaldo sudah hapal huruf hijaiyah, dan juga sudah hapal surat favoritnya, yaitu surat Al- Fatihah.

Ronaldo membenarkan kesaksian Ozil, “Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya senantiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk,” kata Ronaldo kepada Media Spanyol.

Mesut OziL juga membenarkan perkataan Ronaldo, “Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Sholat di rest room, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji,” timpal Ozil.

Cristiano Ronaldo, kembali berkata, “Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu, saya sangat senang,” kata Ronaldo. [islampos/dakwatuna]

Jika Berita ini memang benar, Semoga Allah segera memberikan hidayah kepadanya (Ronaldo). Aamiin



Luahan mengejutkan Ayah gadis maut dikerjakan abang sendiri

Luahan Mengejutkan Ayah gadis maut dikerjakan Abang Sendiri, berita mengenai abang r*gol adik Ketika ibu bapa di mekah di cyberjaya,setelah ketibaan ibu bapa arwah dari mekah beliau di maklumkan kembali mengenai isu anak gadisnya telahpun meninggal akibat pendarahan  dir*gol oleh abangnya sendiri.
Ayah mangsa meminta kepada rekan mangsa dan juga kepada page KHK Yang cuba menegakkan keadilan pada mangsa agar tidak mencampuri urusan keluarga mereka.
Selain dari pada itu ayah mangsa juga sudah dapat tahu kes ini sejak awal lagi dan sudah pun membuat solat hajat tentang keputusannya.Kalau arwah masih hidup dia akan maafkan abang dia tak perlu bukak kes ini.tambahnya.
Namun seperti mesej terakhir mengsa kepada rekannya yang mengatakan menegakkan keadilan bagi pihaknya Seolah menjadi satu janji yang sememangnya harus di lakukan.
Ramai natizen yang menyokong tindakan rekan mangsa dan juga page khk yang mencari keadilan bagi mnagsa biarpun keluarga sendiri seolah lebih memilih mendiamkan diri dan tidak peduli dengan apa yang menimpa mangsa.
Luahan rekan mangsa.
Mungkin Sememangnya ada hak untuk membuat keputusan terhadap apa yang berlaku terhadap anak perempuan pakcik kerana pakcik adalah wali arwah. Namun adakah pakcik mampu memberi jaminan yang anak lelaki pakcik itu tidak akan bertindak sama terhadap anak - anak orang lain di sekelilingnya? Adakah pakcik mampu untuk menampung beban kesalahan lagi kerana membiarkan seorang penjenayah bebas mencari mangsa?
Pakcik, saya tidaklah tahu latar keluarga pakcik. Tidak tahu samada pakcik memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga air muka keluarga, atau pun kerana anak lelaki pakcik itu adalah provider bagi keluarga pakcik.

sedangkan saya orang asing juga merasa sebak membayangkan arwah anak pakcik itu terlantar keseorangan, sendirian menghadapi maut, tiada sesiapa yang membacakan yassin, tiada sesiapa menyapukan air di tengkuk, tiada siapa yang mengajarkannya mengucap. Tak mungkin pakcik selaku ayahnya tidak mampu untuk membayangkannya bukan?


Dan permintaan terakhirnya disampaikan kepada pihak kami supaya kebenaran dan keadilan bagi pihaknya dapat ditegakkan. Saya harapkan pakcik terbuka hati untuk menyempurnakan wasiat terakhir anak perempuan pakcik ini. 




(Video) Lelaki Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Wanita Anjing



Dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing.

Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.

Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…” jeritnya berulang kali.

Bagaimanapun, rakan setugas anggota penguatkuasa wanita berkenaan memberitahu bahawa mereka perlu membayar kompaun dahulu sebelum kunci tayar dibuka.

“Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.

“Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma” ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati.


Kemudian dilihat rakannya telah mengeluarkan wang dan mencampakkan ke lantai dengan begitu angkuh sebagai tanda protes.

Namun anggota wanita berkenaana dilihat profesional bertindak tanpa emosi dengan mengutip duit yang dicampak itu, Namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki tadi berkata "cepat buka, anjing!"

“Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita”
ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. -