Wednesday, July 1, 2015

Gereja Sabah Izinkan Pengunjung Bazaar Ramadan Guna Tempat Letak Kereta Dapat Pujian


KOTA KINABALU - Sebuah gereja Katolik di sini membenarkan tempat meletak keretanya digunakan oleh pengunjung di baazar yang dibuka berhampiran bersempena dengan bulan ramadan.

"Inilah sebab mengapa saya suka Sabah. Toleransi, kerjasama, persefahaman, perpaduan dan kasih sayang adalah apa yang kita semua perlukan di Sabah," ujar Daniel Doughty di laman Facebook yang memuji kemurahan hati pihak gereja menawarkan tempat letak kereta untuk pengunjung bazaar. 

Kenyataan Daniel itu telah menerima beribu-ribu Likes dan Shares di Facebook yang mana ianya dikongsi oleh kebanyakan netizen dari Sabah yang juga turut menyokong tindakan gereja berkenaan serta memuji toleransi rakyat Sabah dan mengutuk sifat perkauman sesetengah pihak dalam politik mahupun agama.

"Bagus! Beginilah sepatutnya. Jangan biarkan ahli politik yang berfikiran sempit merosakkan suasana seperti ini," kata Allen Jeyarajasingam.

"Saya pergi pasar ramadhan, parking sana bah dalam itu parking church. Pagar terbuka luas untuk kami tumpang parking our car. Thanks to the church management," kata Rozie Alya Haikal.


GEMPAR! 3 GAMBAR GADIS MELAYU MATI GANTUNG DIRI

#Agak mengejutkan penduduk setempat apabila seorang gadis melayu berumur 21 tahun mati dalam keadaan tergantung di pencawangan tiang TNB di springhill port dickson negeri sembilan,kejadian ini berlaku pada 30 jun 2015.

#Menurut sumber, gadis ini pada mulanya dinggap orang ramai mati kerana menggantungkan diri namun menurut siasatan awal, gadis ini bukannya mati kerana menggantung diri tapi disebaliknya kerana bukti pertama yang dia tidaka menggantung diri adalah kaki sangat dekat dengan tanah dan wajah mangsa tidak bengkak sepertimana keadaan mayat gantung diri.
Dimana jika membunuh diri,mangsa biasanya mengalami kecederaan teruk pada muka serta mata terbeliak dan lidah terjulur keluar.

Satu helai kertas pengakuan mangsa tersebut sebelum membunuh diri juga adalah kemungkinan besar hanya hasil rekaan pembunuh tersebut.





Sehingga kini,kes masih dalam siasatan dan orang yang mengenali gadis ini diminta tampil bagi membantu siasatan.

Mangsa yang juga berasal dari negeri sembilan bernama Rabiaatul Adawiyah binti Johan berumur 21 tahun. Sumber facebook


Datin Seri Rosmah Mansor Dipilih Sebagai ‘First Lady’ Kedua Tercantik Di Asia


Disebalik kelembutan dan sifat kasih sayang yang dimiliki oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datin Dri Rosmah Mansor tahukah anda bahawa beliau kini telah diiktiraf sebagai seorang yang cantik.

Terbaru, melalui satu kajian yang dilakukan oleh listabuzz.com yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat, mereka telah mengeluarkan senarai 10 First Lady paling cantik di Asia.

Dalam 10 senarai tersebut, Datin Sri Rosmah Mansor telah menghuni tangga kedua First Lady paling cantik di Asia di belakang Puteri Hayana daripada Dubai.

Isteri Perdana Menteri ke-6 Malaysia, dilahirkan pada 10 Disember 1951. Beliau adalah Presiden Persatuan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI).

Beliau memegang jawatan sebagai Penaung untuk Kanak-kanak di Hope Foundation, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota (OKU) Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Institut Jantung Negara Yayasan dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai penuh 10 First Lady tercantik di Asia yang telah dikeluarkan oleh listabuzz.com:

1. Puteri Haya (Dubai)


2. Rosmah Mansor (Malaysia)


3. Permaisuri Jetsun Pema (Bhutan)


4. Asma Al-Asaaad (Syria)


5. Permaisuri Rania (Jordan)


6. Mozzah Nasser (Qatar)


7. Ho Ching (Singapore)


8. Mehriban Aliyeva (Azerbaijan)


9. Peng Liyuan ( China)


10. Imelda Marcos (Philippines)



Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri..Dan Inilah Jawapan Beliau Yang Membuatkan Kami Terkejut !


SULTAN TITAHKAN NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI | sepujuk surat yang didakwa titah sultan kepada perdana menteri malaysia Datok Sri Najib Tun Abdul razak dimana isi surat berkanan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATOK SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.




ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAN.

TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar ,menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka.

Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? macam macam hal sekarang ini.Ekoran surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook.


KFC dan Pizza Hut Masih Penuh, Saya Tak Nampak Rakyat Terbeban kenaikan Harga Minyak - Ahmad Maslan

Ahmad maslan ni mng kelakar
nk Jew aku hadiahkn susu formula kt dia nie.
biar berhubung cikit otak dia...


sblm ckp tu pikir lah dulu .


Najib sedia terima kritikan selagi membina

Najib sedia terima kritikan selagi membina
NAJIB: Apa yang penting, setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

















PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan.


Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.



"Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini, malam tadi.



Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdanaitu dihadiri kira-kira 1,700 orang.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.



Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan semasak-masaknya termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati rakyat.


Tiada Lagi Pengumuman Awal Naik Turun Harga Minyak



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal mengenai harga baru petrol dan diesel setiap bulan.

Kata Menteri Perdagangan Dalam Ngeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata mulai sekarang orang ramai akan tahu turun naik harga minyak pada tengah malam.

"Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

"Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya memetik laporan mStar Online.

Pada bulan lalu, pengumuman harga terbaru minyak dibuat melalui laman web KPDNKK.

Sebelum ini, kerajaan telah menggunakan satu mekanisme baru yang menentukan naik turun harga minyak di Malaysia berdasarkan harga pasaran dunia.

Dalam pada itu, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) menyokong tindakan tersebut.

Presidennya, Datuk Hashim Othman memetik laporan MalaysiaKini berkata pengumuman awal kenaikan harga minyak yang digunakan sebelum ini menggangu kelancaran operasi stesen minyak.

Menurut Hashim, orang ramai akan berpusu-pusu mengisi minyak jika harga minyak naik sehingga stesen minyak terputus bekalan.

Hashim turut menyatakan dek kerana pengumuman awal yang diguna pakai sebelum ini, pengendali stesen minyak dituduh menyorokkan stok untuk menjual dengan harga baru yang lebih mahal